Wanny Zawani ♥

Follow|Home
Friday, May 16, 2014 | 8:45 AM | 0 comments

Assalamualaikum :)

harini nak dekat 3 minggu aku tamat program matrikulasi. matrik mana? ehem ehem teka la. 3...2...1... tettt tamat. haha. ok la , aku dulu dapat kolej matrikulasi johor(KMJ) . alaaaa dekat je dengan sempadan melaka dan johor. tak ada la jauh sangat dari tempat aku. 2 jam sampai la sana. so today im gonna tell you about my experiences at there. mari kita mulakan dengan hari pendaftaran.*kena pakai baju putih kain gelap kasut bertutup* (serupa macam sekolah. aku sanggup habis seratus lebih untuk beli baju putih sebab tak nak pakai baju sekolah. gila betul)

ok aku tak ingat la aku daftar bila. alaaa itu semua tidak penting! haha. yang aku ingat, first day tu parents aku nak gerak awal. pukul 5 cenggitu dah gerak pergi and sampai sana dalam pukul 7. but before masuk kolej, kitorang breakfast dulu then baru gerak sana. pehhh dah nak dekat sampai pintu masuk tu memang berdebar-debar jantung ceq. rasa nak gugur pun ada sebab excited sangat. first time ok aku duduk asrama. so semangat dia tu lain sikit. hihi. 

before masuk kolej, abang/kakak fasi bagi borang pendaftaran dan aku kena daftar dekat blok lelaki(Blok A). ehhh aku antara terawal tau yang mendaftar. haa nampak tak semangatnya disitu ;) habis daftar terus pergi dekat blok. aku dapat Blok Alkhawarizmi (Blok F) , bilik aku T1.15. agak agak siapalah junior aku yang dapat bilik bertuah kitorang ni ye. ehem ehem. teringin nak tahu. time dekat bilik tu roommates aku tak masuk lagi. lambat gila dorang datang. sabor je la. aku dah cuak tahap extreme dah time tu, kot kot kena tidur sorang ke malam tu. lololol.

with my lil sis

after that, parents aku ajak makan tengahari tapi aku taknak. lepastu menyesal tak makan sebab makanan selalu habis time minggu orientasi tu. pity me. uhuk uhuk. *next part baru cerita pasal minggu orientasi* kalau nak cerita pasal keaadan dalam KMJ time tu memang sesak tahap menara KLCC. jem gila. sampai nak keluar pun tak boleh. nanti new batch masuk, tahu la cemana stressnya dalam tu. haha. lepas parents aku dah balik, aku terus pergi dekat Adilla.*kawan sekolah*

aku lepak lepak dengan dilla. then naik bilik tengok Haniza*kawan sekolah* dalam bilik dia. alangkah terkejutnya aku. jealous gila ok jealous!! dorang dapat sebilik. tapi first day tu aku berkenalan dengan roommates diorang. selepas beberapa minggu baru aku berkenalan dengan roommates aku sendiri. haha. pelik pulak kitorang ni. alaaa biasalah, malu malu kucing nak tegur. meoww meowww :p tapi first day tu yang buat aku down gila bila tengok tandas dekat blok aku.

serius time tu aku rasa macam ...... tak pernah aku jumpa tandas kotor cenggitu. hoho. terus aku bawa baju aku dan mandi dekat toilet blok dilla and niza ni. tapi tandas dorang pun lebih kurang je. haha. but then i just realized yang ada satu lagi tandas dekat aras aku ni yang so much better. better dari semua tandas yang ada dekat blok perempuan ni. *bersyukur* . then petang tu bermula la minggu orientasi.


- To be continued-

Lots Of Love ♥,